Monday, June 20, 2022

LAWATAN UTeM KE PMS

 

20.6.2022 - Pihak PMS telah menerima kunjungan daripada pihak Universiti Teknikal Melaka (UTeM) yang terdiri daripada Prof Muhammed Hariri daripada Fakulti Pengurusan Teknologi dan Technopreneurship dan En Mohammad Suhaimi daripada Bahagian Kemasukan Pelajar UTeM. Kedatangan deligasi ini bertujuan untuk mempromosikan program yang ada di UTeM dan memberi peluang kepada pelajar dan pensyarah untuk menyambung pengajian mereka disana. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pegawai CISEC En Shahrul. Diharapkan hubungan antara UTeM dan PMS ini dapat memberi manfaat terutamanya pelajar dan pensyarah.



Thursday, June 9, 2022

MAJLIS COC PMS BERSAMA DIY PRINTING DAN SARMAN PRINTING


3 Jun 2022 - Program ini melibatkan kerjasama daripada industri percetakan iaitu Sarman Printing Sdn. Bhd, DIY Printing Supply Sdn. Bhd dan alumni dari syarikat Quattro Am Enterprise pelajar Diploma Teknologi Media Cetak bagi melaksanakan projek akhir pelajar.

Kerjasama yang mengambil masa selama 1 semester ini merupakan penglibatan industri daripada awal, pertengahan hingga projek akhir pelajar iaitu daripada penyataan masalah, keperluan, rekabentuk, implementasi dan pengajian. Seterusnya pembentangan dan demonstrasi projek oleh para pelajar. Diakhir masa projek, pihak industri turut memberikan penilaian dan maklumbalas terhadap projek pelajar.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.





KERJAYA CEMERLANG DI POLITEKNIK