Thursday, June 9, 2022

MAJLIS COC PMS BERSAMA DIY PRINTING DAN SARMAN PRINTING


3 Jun 2022 - Program ini melibatkan kerjasama daripada industri percetakan iaitu Sarman Printing Sdn. Bhd, DIY Printing Supply Sdn. Bhd dan alumni dari syarikat Quattro Am Enterprise pelajar Diploma Teknologi Media Cetak bagi melaksanakan projek akhir pelajar.

Kerjasama yang mengambil masa selama 1 semester ini merupakan penglibatan industri daripada awal, pertengahan hingga projek akhir pelajar iaitu daripada penyataan masalah, keperluan, rekabentuk, implementasi dan pengajian. Seterusnya pembentangan dan demonstrasi projek oleh para pelajar. Diakhir masa projek, pihak industri turut memberikan penilaian dan maklumbalas terhadap projek pelajar.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.





No comments:

Post a Comment

KERJAYA CEMERLANG DI POLITEKNIK