Tuesday, January 18, 2022

PERSEPSI GRADUAN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI KELAS KEDUA ADALAH PANDANGAN LAPUK

 

Persepsi graduan politeknik dan kolej komuniti kelas kedua adalah pandangan lapuk, kata Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Prof Datuk Mohammad Shatar Sabran. Beliau berkata, stigma itu wujud sejak sekian lama mungkin kerana 20 ke 30 tahun lalu majikan lebih gemar mengambil graduan yang cemerlang dalam akademik untuk bekerja, namun kini perkara itu sudah tidak relevan.

Pada zaman globalisasi, keperluan majikan sudah pun berubah dan tidak melihat kelayakan akademk semata-mata untuk dijadikan syarat pengambilan pekerja. Selain kelayakan akademik, apa yang diharapkan majikan pada hari ini ialah kemampuan seseorang itu melaksanakan tugas ataupun tanggungjawab yang diberikan dengan baik," katanya dalam satu kenyataan disini, hari ini.

Sambil menegaskan kualiti graduan dihasilkan kedua-dua institusi itu amat baik, Mohammad Shatar berkata, pihaknya sentiasa mengawal selia kualiti program semua institusi pengajian tinggi (IPT) secara berkala. Beliau berkata, masyarakat tidak perlu bimbang mengenai isu kebolehpasaran sekiranya anak mereka mengikuti pengajian di dua IPT berkenaan kerana tahapnya melebihi 90 peratus saban tahun.

Dalam konteks hari ini, katanya, kualiti pembelajaran yang diberikan kepada graduan adalah sama tidak kira sama ada di universiti, politeknik atau kolej komuniti. Mereka menawarkan program berdasarkan keperluan industri serta niche masing-masing dalam konteks pasaran kerja dan kerjaya yang amat luas.

Kualiti pendidikan  di IPT tempatan sentiasa berada pada tahap yang maksimum kerana MQA tidak akan sekali-kali berkompromi dalam aspek kualiti terhadap semua IPT termasuklah politeknik dan kolej komuniti," katanya.

Mohammad Shatar berkata, majikan kini bukan sekadar melihat kelayakan akademik, namun kesinambungannya dengan kemahiran teknikal graduan. Bagi pihak industri katanya, kecemerlangan tidak tertumpu kepada akademik sahaja tetapi apa yang lebih penting ialah sejauh mana kemampuan graduan mempamerkan kemahiran insaniah mereka seperti berkomunikasi, kepimpinan menyelesaikan masalah dan bekerja dalam kumpulan selain aspek disiplin dan etika.

Peluang kerjaya bagi graduan berkemahiran di negara ini juga tinggi kerana kadar guna tenaga yang memiliki kemahiran ini masih pada tahap rendah berbanding penggunaan tenaga kerja di negara maju yang memerlukan lebih 60 peratus pekerja berkemahiran. Mereka juga berpeluang untuk menjadi usahawan atau membina kerjaya diluar negara kerana status akreditasi akan memudahcara perkara tersebut." katanya.


Wednesday, January 12, 2022

GRADUAN POLITEKNIK & KOLEJ KOMUNITI LAKU DI PASARAN

 

PUTRAJAYA - Pencapaian graduan Politeknik dan Kolej Komuniti amat membanggakan berdasarkan dapatan kajian kebolehpasaran yang melebihi 95 peratus setiap tahun. Timbalan Ketua Pengarah (Governan), Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Mohamad Amin Hamat berkata, ini membuktikan graduan tersebut mendapat tempat dan menjadi pilihan majikan serta industri dan berpotensi melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi seperti universiti.

Tambah beliau, dari tahun 2018 sehingga hari ini, Politeknik dan Kolej Komuniti juga telah berjaya menghasilkan 7,000 usahawan dalam kalangan graduan. Menurutnya, ada di antara mereka mampu menjana pendapatan sehingga mencecah lima angka dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada individu lain.

"Pencapaian pelajar di peringkat negara dan antarabangsa turut membanggakan dengan meraih pingat, kemenangan serta pengiktirafan melalui pelbagai pertandingan kemahiran, inovasi, sukan dan sebagainya. "Antara platform yang mengharumkan nama Politeknik dan Kolej Komuniti adalah Pertandingan FIRA RoboWorld Cup, WorldSkills Competition, Abilympics (Olympics of Abilities) bagi pelajar OKU, Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri, Pertandingan MySkills, SUKIPT, Universiade, SUKMA, Sukan SEA dan lain-lain lagi.

Terdapat juga graduan Politeknik dan Kolej Komuniti yang berjaya membina kerjaya di luar negara dan ini telah kita terapkan melalui program pengantarabangsaan yang mendedahkan pelajar kepada peluang kerjaya global menerusi program pertukaranpelajar antarabangsa dan program latihan industri luar negara," katanya kepada MalaysiaGazette di KPT di sini baru-baru ini.

Mohamad Amin menambah, graduan Politeknik dan Kolej Komuniti yang merupakan lepasan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional TVET amat bertuah kerana diberi pengetahuan dan kemahiran yang dapat membantu mereka untuk mencari pekerjaan selain bekerja sendiri.

Menurutnya, JPPKK telah bekerjasama dengan pihak industri dengan mengadakan program khusus sepeti Work-Based Learning, Structured Internship Programme bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan TVET itu. Jelasnya, pada masa yang sama, jaringan kolaborasi institusi dengan industri termasuk syarikat multinasional telah diperluaskan melalui kerjasama berimpak tinggi seperti program CEO Fakulti, Industri On Campus (IOC), Talent Enhancement Programme dan sebagainya.

"JPPKK juga melaksanakan program reskilling, upskilling & crosskilling seperti yang ditawarkan dibawah program PENJANA KPT CAP bagi membantu memastikan pelajar mendapat pekerjaan selepas mengikuti latihan tersebut. Selain itu, kami turut menekankan aplikasi kemahiran bagi membolehkan pelajar mempraktikkan ilmu kemahiran menerusi projek amali bengkel atau makmal dan membangunkan inovasi projek tahun akhir yang berbentuk solution provider," katanya.

Mohamad Amin menambah, JPPKK telah menyediakan program pengajian yang responsif dengan keperluan industri menerusi semakan dan penjajaran program pengajian dari semasa ke semasa agar pelajar ready to work. Menurutnya, ia bagi memberi nilai tambah kepada pelajar menerusi program Finishing School yang melengkapkan Sijil atau Diploma graduan dengan pengiktirafan dan pentauliahan profesional daripada badan dan agensi yang diperakui.

"JPPKK telah mendedahkan pelajar kepada bidang keusahawanan seawal semester satu melalui Inkubator Keusahawanan di institusi dengan sokongan kementerian dan agensi luar. Pada masa yang sama, kami menggalakkan pelajar menceburi gig-economy dan menjadi pekerja bebas (freelancer yang berjaya bagi menghadapi norma baharu pasaran kerja pasca Covid-19 ketika ini", katanya.

Sumber MalaysiaGazette

KERJAYA CEMERLANG DI POLITEKNIK