Wednesday, November 9, 2022

MAJLIS PENUTUP KPT PACE

 

Program Kompetensi Industri Hotel KPT PACE - Hospitality Industry Training Programme di Adamson Hotel, Kuala Lumpur telah berakhir dengan jayanya. Program selama 8 hari ini (7-14 Oktober 2022) adalah inisiatif daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dibawah peruntukan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana).

Program ini memfokuskan pelajar tahun akhir bagi Program Diploma Pengurusan Pelancongan, Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Politeknik Muadzam Shah. Antara objektif program ini adalah memberi nilai kompetensi dan tambah kemahiran industri perhotelan kepada pelajar Diploma Pengurusan Pelancongan.

Majlis penutup ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Akademik PMS, En Shahrul Nizam bin Mohammed bersama Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, En Muhammad Rafie bin Hamzah, Ketua Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, En Harulnizam bin Mohamad, Pengarah Urusan Adamson Hotel, En Muhammad Nazlan bin Zamani, wakil penyelia latihan Telaris Sinergi Sdn. Bhd, En Khairul Nizam bin Abu Bakar, Pengarah Program, Cik Maisarah binti Awang, para pensyarah dan 20 orang pelajar Diploma Pengurusan Pelancongan.

Para pelajar menerima 3 sijil kompetensi industri hotel iaitu :

  • Certificate in Front Office Operations
  • Certificate in Human Resources
  • Certificate in Hospitality Sales & Marketing

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang berjaya. Semoga pensijilan kompetensi industri ini menjadi pemangkin kejayaan para pelajar pada masa akan datang.




Tuesday, November 8, 2022

KARNIVAL KERJAYA 2022

 

29 September 2022 : Telah berlangsung di PMS, Karnival Kerjaya 2022, Jamin Kerja Keluarga Malaysia anjuran CISEC PMS, Perkeso Pahang dan Pejabat Adun Muadzam Shah. Majlis telah dirasmi oleh YB Ir. Razali bin Kassim, ADUN kawasan Muadzam Shah. Turut hadir bersama pada majlis tersebut ialah Ybhg Datuk Suhaili bin Sudin, Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri Pahang, En Hamzi Haifa bin Mahyuddin, Timbalan Pengarah PERKESO Pahang, Timbalan Pengarah Akademik PMS, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PMS, Wakil-wakil Jabatan Persekutuan dan Negeri, Rakan-rakan Industri serta Pengetua dan Guru Besar sekolah di sekitar Muadzam Shah.


Pada majlis tersebut juga turut diserikan dengan majlis menandatangani Certificate of Collaboration (COC) bersama industri yang bakal memberi banyak peluang kerjasama dan juga perkongsian ilmu. Pada majlis tersebut juga turut dimeriahkan dengan pelancaran Pusat Satelit Myfuture Jobs didalam memberi fokus kepada komuniti setempat dan golongan belia khususnya untuk mendapatkan peluang pekerjaan.


Terima kasih diucapkan buat VVIP serta tetamu jemputan yang hadir bersama pada program ini. Sekalung tahniah buat ahli jawatankuasa yang terlibat dalam menjayakan program kali ini.





KERJAYA CEMERLANG DI POLITEKNIK