Program Kompetensi Industri Hotel KPT PACE - Hospitality Industry Training Programme di Adamson Hotel, Kuala Lumpur telah berakhir dengan jayanya. Program selama 8 hari ini (7-14 Oktober 2022) adalah inisiatif daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dibawah peruntukan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana).
Program ini memfokuskan pelajar tahun akhir bagi Program Diploma Pengurusan Pelancongan, Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Politeknik Muadzam Shah. Antara objektif program ini adalah memberi nilai kompetensi dan tambah kemahiran industri perhotelan kepada pelajar Diploma Pengurusan Pelancongan.
Majlis penutup ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Akademik PMS, En Shahrul Nizam bin Mohammed bersama Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, En Muhammad Rafie bin Hamzah, Ketua Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, En Harulnizam bin Mohamad, Pengarah Urusan Adamson Hotel, En Muhammad Nazlan bin Zamani, wakil penyelia latihan Telaris Sinergi Sdn. Bhd, En Khairul Nizam bin Abu Bakar, Pengarah Program, Cik Maisarah binti Awang, para pensyarah dan 20 orang pelajar Diploma Pengurusan Pelancongan.
Para pelajar menerima 3 sijil kompetensi industri hotel iaitu :
- Certificate in Front Office Operations
- Certificate in Human Resources
- Certificate in Hospitality Sales & Marketing
Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang berjaya. Semoga pensijilan kompetensi industri ini menjadi pemangkin kejayaan para pelajar pada masa akan datang.
No comments:
Post a Comment